admin@yayasanuniti.org

Terma dan Syarat Untuk Pemohon Derma dan Penderma

Polisi Privasi dan Maklumat Sulit

1. Ubantu.my mempunyai hak untuk menggunakan semua data dan maklumat peribadi penyumbang untuk tujuan berkaitan ubantu.my.

2. Ubantu.my mempunyai hak untuk mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya kami dengan suci hati mempercayai bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi prosiding undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang terhadap pihak kami.

3. Ubantu.my mempunyai hak dan boleh mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya berlakunya keadaan penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan, kebankrupan atau mana-mana prosiding berkaitan.

4. Ubantu.my tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian data dari sistem ubantu.my.

Ingatan bagi Penerima Sumbangan

1. Penerima sumbangan dan pengguna adalah bertanggungjawab untuk untuk memastikan maklumat yang diberi adalah benar.

2. Sekiranyanya penerima sumbangan mengemukakan maklumat salah dan tidak lengkap, pihak ubantu.my berhak memohon penerima sumbangan mengemukakan maklumat tambahan atau membatalkan sumbangan.

3. Ubantu.my akan mengenakan caj dan yuran yang termaktub sahaja. Sebarang kemaskini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

4. Ubantu.my akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya pihak ubantu.my mengesan sebarang penipuan.

5. Data personal dalam ubantu.my adalah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Personal Data and Protection Act 2010 (PDPA 2010) Malaysia.

Penderma

1. Bagi penyumbang dan pengguna kurang dari 18 tahun, sila dapatkan nasihat dari ibubapa atau penjaga sebelum memberikan kami data personal.

2. Ubantu.my tidak akan bertanggungjawab sekiranya penerima sumbangan menyalahgunakan sumbangan tersebut sekiranya ia telah dipindahkan ke akaun terbabit. Jika ada unsur penipuan dan pelanggaran undang-undang, pihak ubantu.my akan melaporkan kepada pihak berkuasa.

3. Jika penyumbang membuat sumbangan, ubantu.my memiliki hak untuk mendapatkan maklumat selanjutnya sekiranya perlu.

4. Dengan pendaftaran dan sumbangan oleh penyumbang, penyumbang dianggap telah bersetuju dengan semua syarat yang berkaitan.

5. Sebarang perubahan kepada syarat dan terma berkaitan adalah tertakluk sepenuhnya kepada ubantu.my. Semua pihak akan dimaklumkan bagi sebarang perubahan.